Little Rilakkuma ♕


Dugaan
Saturday, April 1, 2017 | 11:57 AM | 0 Words
Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt

"Aku baru kehilangan salah satu abang kesayangan aku. Aku macam tak percaya semua benda ni dah berlaku sebab susah nak terima." -Hamba Allah

Allah, takziah untuk kau dan keluarga. Moga kuat sentiasa. Takpe, take your time. Awal awal pemergian orang yg kita sayang, memang akan rasa susah nak terima, dan untuk redhakan semua. Itu fitrah hati manusia yang masih belum kuat imannya. Tapi jangan pula terlalu meratapi dan sedih. Kehidupan pasti akan temui kematian.

Wajib kita beriman pada qada' dan qadar. Semua orang pernah rasa kehilangan, cuma yang bezanya macam mana kita handle ujian yang Dia bagi. Tenangkan hati, banyakkan doa, buat amal kebaikan dengan niat untuk arwah abang kau k. In shaa Allah lama lama mesti boleh redha. Moga arwah abang kau tenang di Sana, Allahumma Amiin :')

//Jalan ke syurga itu mudah bagi orang yang cintakan pahala.



-Past-