Little Rilakkuma ♕


Move On
Wednesday, March 29, 2017 | 10:49 AM | 0 Words
Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt

Sudah sampai masanya untuk kita move on. Hidup ini kadang ada pasang surutnya. Apabila kita gembira, kita akan gembira sekuat hati. Dan apabila kita bersedih, kita menangis menahan perihnya hati.

Hidup ini memang begini cuma aku percaya walau teruk mana pun dunia ini beri pada kita, kita masih mampu untuk bangkit semula kerana kita sememangnya dilahirkan kuat dan kita akan cuba untuk jadi kuat selagi kita masih punya nafas dan kudrat.

Kenapa aku masih kisah pasal kau? Kerana aku juga seperti kau, pernah rasa jatuh, pernah rasa ditinggal. Rasa itu amat sakit dan kalau boleh aku tak nak kau rasa, rasa yang sama, rasa apa yang aku pernah rasa dahulu. Cukuplah aku sorang je yg rasa.

Aku dan kau, kita sama sama boleh hidup bahagia dan gembira, okay? Jom sama sama cuba. Setiap kali kita memperbaiki niat kita, maka Allah akan memperbaiki keadaan kita, dan setiap kali kita mengharapkan kebaikan untuk orang lain, kita akan mendapatkan kebaikan dari arah yang tidak kita sangka. Dan saat kita hidup untuk membahagiakan orang lain, Allah akan memberi kita rezeki berupa orang lain yang akan membahagiakan kita, maka usahalah untuk memberi bukan menerima kerana setiap kali kita memberi, maka kita akan menerima tanpa meminta sekalipun :')

Mungkin sudah sampai waktunya untuk kau lupakan dia dan segala harapan yg kau harap pada dia. Ada ketikanya manusia datang sekadar datang, bukannya datang untuk tinggal tanpa pulang. Jangan tertipu dan jangan bazir masa dan hati kau lagi. Sampai bila kau nak macamni?

Aku kata lupakan dia. Dia perosak hati, dia bukan yang terbaik. Kau terdiam, ya aku tahu hati kau bukan robot yang boleh aku arah suka, yang boleh aku arah lupa. Tapi, cubalah demi kebaikan kau juga.

I pray every night for you, I cry for your sins to be forgiven more than my own. I hope that you are and always be happy, and if not then I ask Allah to give you whatever little happiness I own. I ask Allah to always protect you from evil, and lastly I pray that you and I will enter Jannah Firdausi together with a smile in shaa Allah.

//Wake up, beautiful girls. 

-Past- | -New-