Little Rilakkuma ♕


Harapan
Wednesday, March 29, 2017 | 1:20 AM | 0 Words
Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt 

Jangan buatkan harapan itu sebagai 'satu benda yg wajib jadi' dalam hidup kita. Kita kena ingat satu benda, "perancangan Allah sentiasa yg terbaik". If one day kita dah try hard tapi masih belum dapat penuhi impian kita seratus peratus, sabar. Allah tengah bawa kita ke jalan yg lebih boleh buat kita bahagia dan gembira. 

Hidup ni kena fleksibel. Maksudnya kalau plan A tak jadi, try plan B dan macamtulah seterusnya. Yang penting, jangan give up dan cuba lagi dan lagi. Sedar satu hal, kita ni manusia. Manusia ada limitnya. Dont overwork ourself. Kita dihidupkan untuk sembah pada Yang Satu dan menikmati kehidupan yang diberi. Think about ourself. Jangan hancurkan hidup kita demi impian orang lain. 

Fikir dan ingat, kita punya maruah dan maruah kita bukan untuk dipijak manusia lain. Kasihani diri kita, sudah sudahlah kita memendam rasa dan fikir, "aku hanya layak macamni dan takdir aku memang macamni pun". Hormati diri kita dgn jauhkan diri kita daripada mereka yg suka menyeksa. Kita dilahirkan untuk bahagia dan bukannya untuk lihat manusia lain tersenyum gembira tanpa kita sendiri mampu untuk ukirkan senyuman sikitpun. Itu messed up.

Kalau kita rasa hidup kita teruk dan banyak kesusahan yg kita terima, itu biasa. Aku juga ada hari di mana aku rasa aku tak kuat dan ingin rebah. Aku boleh jujur pada kalian, aku tidak kuat setiap waktu kerana ada waktunya juga aku makan hati dan melayan perasaan sedih aku. What i mean is, rasa sedih tu perkara biasa yg semua orang boleh rasa. 

//Dan kau hamba dan hanya Dia Tuhan untuk segalanya.

-Past- | -New-