Little Rilakkuma ♕


Aisyah Ridzal
Saturday, January 2, 2016 | 12:20 AM | 1 Words

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt 

Hai dah lama tak update blog ni nasib tak bersawang je . Well ada cleaner tolong bersihkan uhuk takdelah saya gurau je hm esok nak balik kisas dan aspuri terchinta maka sekali lagi blog ini akan dibiarkan bersama makcik cleaner . Anyway , itulah rumah kedua saya yang tercinta dibawah didikan ustaz omar lol .

Baca tajuk . "Aisyah Ridzal" . Kenapa entri kalini Aisyah Ridzal ? Baiklah , mari kita mulakan entri kalini dgn taaruf sikit ceh nama penuh Aisyah ialah Nur Aisyah bt Mohd Ridzal salah seorang pelajar yg menuntut ilmu di dalam kelas 412 Ibnu Kathir pada tahun 2015 dan bakal menjadi warga 510 Ibnu Malik pada tahun 2016 hm classmate saya lah ni kan kiranya kami takkan terpisah ewah k sering menghabiskan masa terluangnya di dalam dorm yg terchinta , F31 dan bekas salah seorang pelajar SAM Hulu Langat dan menetap di Cheras , Selangor dilahirkan pada 25 November 1999 haa nampak tak settle mahabbah trace ha ha ha lol .

Bukan apa cuma saja nak kongsi serba sedikit tentang Aisyah ni dgn kalian hm meh sini saya bgtahu Aisyah nilah satu satunya budak aliran akaun yg dapat straight A untuk exam akhir tahun haritu wuu masya Allah hebatnya kawan ana ni hm congrats my dear . And you guys should know that she really deserves it . Sebab apa saya cakap macamtu ? Hm saya sebenarnya selalu lah jugak pehati kan si Aisyah ni al maklumlah nak jadikan idola he he he .

Here are some tips of her success ; First of all is dia tak pernah tinggalkan Al-Quran mana mana dia pergi dia mesti akan bawa Al-Quran salute sangat dekat Aisyah ni . Secondly is saya selalu nampak dia pergi musolla time rehat and i know that you guys already know what she was doing there , dia buat solat sunat dhuha sebab katanya solat sunat dhuha dapat murahkan rezeki kita biiznillah . Thirdly dia seorang yg memang mengamalkan puasa sunat dalam kehidupan dia hm bukan semua orang yg dapat istiqamah dgn puasa sunat ni sebabtulah saya rasa Aisyah ni luar biasa orangnya . Next dia sangatlah menjaga pergaulan dengan muslimin di kisas nun memang tip toplah iktilat dia senang cakap dia sangat profesional dalam melakukan sesuatu urusan bila dia rasa perlu dia berani untuk cakap dengan muslimin and so on but kalau saya jangan haraplah haha nak panggil muslimin pun penakut k jangan kecam saya ha ha ha . Eh dah berapa dah ni ha tak kisahlah haha and then dia seorang yg sangat menjaga adab dengan semua orang yg ada kat sekeliling dia esp cikgu cikgu lah kan pernah satu hari tu kitorang satu kelas tertidur time kelas sains sebab amik keempatan tidur time azan zohor fuh bangun bangun je tengok cikgu dah takde dan time tu masa cikgu belum habis lagi mana taknya serba salah kitorang dibuatnya . Keesokan paginya kitorang satu kelas dapat tazkirah free dengan Aisyah ni setelah sekian lama kitorang dah tak amalkan sesi tazkirah ni dalam kelas ha memang dia sound lah kenapa 412 dah makin teruk dah makin tak jaga adab dengan guru selalu tidur dalam kelas dgn tazkirah yg dah hilang entah ke mana fuh sentap kot pagi tu satu benda yg saya salute dgn Aisyah ni tang keberanian dia , hebat kot . Ni bukan nak buka aib kelas ke apa cuma nak kalian ambil ibrah hm hm . Okay last but not least dia memang selalu jaga pertuturan dia jarang apa yg dia cakap tu tak mendatangkan faedah ha nampak tak betapa baiknya dia masa free bila cikgu takde confirm study takdenya nak borak borak lagha ni ha ha macam susah tau nak jadi macam dia .

Hm itulah serba sedikit yg saya mampu ceritakan tentang Aisyah Ridzal ni dia tak tahu pun yg saya update pasal dia hm bukan apa saya cuma nak jadi macam dia sebab saya dah jadikan dia idola saya kat kisas nun ha ha ha tapi macam tak mampu nak jadi macam dia sebab dia hebat sangat fuh . Saya sayang 412 Ibnu Kathir 2015 sedih rasanya nak berpisah dengan kalian semua hm belajar rajin-rajin tau nanti boleh berjaya sama-sama . Even kita dah tak sama kelas tu tak bermaksud kita tak boleh belajar sama-sama kan ? Uhibbukunna fillah . Anyway thank you untuk yg melawat blog walaupun tak aktif mana . Moga entri pada kalini memberi manfaat untuk kita semua . Wallahua'lam .

//Selamat kembali ke sekolah untuk semua yg masih menuntut ilmu di sekolah ha ha moga tahun ini kita menjadi lebih rajin daripada tahun yg sebelumnya mohon tembak doa .

-Past- | -New-