Little Rilakkuma ♕


Sayang
Monday, December 28, 2015 | 8:59 AM | 0 Words

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt

29 Disember 2015 . Dan rasanya kita semua perlu sedar bahawa 2015 semakin meninggalkan kita dan 2016 semakin menghampiri hm i just think that 2016 will be the most challenging year in my story of life bcs i will sit for my spm exam next year hm mohon tembak doa . Dah ready belum nak balik asrama ? Lol .

Baca tajuk . "Sayang" . Kenapa tajuk entri kalini sayang ? Baiklah mari kita mulakan entri kalini dgn satu soalan . Apa sebenarnya maksud sayang untuk anda semua ? Bagi saya , sayang tu ialah suatu perasaan terhadap orang , benda , perkara ataupun abstrak yang kita suka . Ianya perlu untuk kita jaga , kita bahagiakan , kita lindungi serta kita simpan segala memori tentangnya di lubuk hati kita yg paling dalam ceh . Sayang sebenarnya merupakan suatu perasaan yang mana kita akan kasih someone or something tu dengan sepenuh hati kita . Sayang yang tidak boleh digantikan dan tak mampu untuk digambarkan dengan kata-kata ewah .

Dalam diri setiap anak-anak Adam , Allah dah bekalkan pelbagai bentuk perasaan dalam diri kita semua . Perasaan ni bersifat rohaniah dan tempatnya adalah di dalam hati . Maha Suci bagi Allah swt dengan kuasa Maha Hebat-Nya menciptakan sekeping hati yg kecil tu dapat menyimpan rasa kasih dan sayang yang pelbagai .

Sejarah juga telah membuktikan betapa hebatnya kasih sayang antara para sahabat . Betapa mendalam dan ikhlasnya kasih sayang yang ditunjukkan . Ini dapat dibuktikan melalui pengorbanan para sahabat Rasulullah saw terhadap diri baginda . Sampaikan nyawa dah tak menjadi halangan bagi mereka demi membuktikan kecintaan serta sokongan mereka terhadap Rasulullah saw dalam menegakkan agama Islam yang tercinta .

Namun sayang sekali pada hari ini kita seringkali salah mentafsirkan maksud sahabat yang sebenar . Dalam menjalinkan hubungan silaturahim dan persahabatan , selain sifat harga menghargai , kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur , suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatupun daripada kita apatah lagi kalau benda tu suatu yg boleh membawa keburukan kepada diri kita . Dalam Islam memang dituntut untuk setiap orang itu memuliakan saudaranya , lebih dari dirinya sendiri . Begitu jugalah dengan kepentingan diri kita sendiri . 

Kita harus mementingkan sahabat sepertimana kita lakukan terhadap diri kita juga . Sebagaimana firman Allah swt dalam hadis Qudsi yang bermaksud : "Sudah pastilah kecintaan-Ku itu untuk orang-orang yg saling ziarah menziarahi kerana Aku . Sudah pasti pula kecintaan-Ku untuk orang yg saling cinta-mencintai kerana Aku . Sudah pasti pula kecintaan-Ku kepada orang-orang yg saling bantu-membantu kerana Aku . Juga sudah pastilah kecintaan-Ku untuk orang yg saling tolong-menolong kerana Aku ." -Riwayat Ahmad dan Hakim .

Manakala sifat ikhlas pula akan memberikan kesuburan dalam jiwa , ikhlas memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan ataupun pemberian dari setiap individu muslim itu . Kita seharusnya menyemaikan sifat ikhlas dalam diri daripada kecil lagi sebab ikhlas tu akan membuatkan hati kita menjadi hati yg lebih gembira dan tenang dalam menghadapi setiap hari yg mendatang .

Tahukah anda , disebabkan tak ikhlas jiwa kita akan jadi rosak dan berdendam dan sememangnya berdendam itu dilarang dalam Islam macam yg saya dah pernah sebutkan dalam entri saya yang sebelum ni . Keikhlasan tu bukan sahaja mampu memberikan kesuburan dalam jiwa malah ia mampu membuatkan kita bertambah takwa kepada Allah swt biiznillah . 

Maka jelaslah disini bahawa kebersihan hati hanya mampu dicapai dengan iman dan takwa yang tinggi kepada Allah swt secara tak langsung keikhlasan juga akan turut terpancar dalam jiwa . Nasihat saya , buatlah sesuatu perkara dengan ikhlas , berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas dan bukan atas sebab yg lain mahupun atas kepentingan diri kita sendiri hm tak baik tau . 

Cuba kita renung dan berfikir sejenak , tanya dengan diri kita sendiri , adakah kita sudah cukup jujur dengan sahabat-sahabat kita ? Adakah kita semua dah lakukan kat sahabat-sahabat kita sebagaiman yg Islam ajar ? 

Seandainya kita telah berlaku jujur terhadap sahabat-sahabat kita hm Alhamdulillah mabruk alaik tapi hm tak lupa ada juga sesetengah manusia di dunia ni yg menjalinkan hubungan silaturahim dan persahabatan hanya kerana kepentingan diri sendiri . Wajarkah kita melakukan sebegitu kepada sahabat kita ? Adakah itu sudah cukup menggambarkan bahawa kita sayang akan sahabat-sahabat kita ? Langsung tidak . Dan ada juga manusia di dunia ni yg memilih bulu dalam persahabatan yg mana mereka memilih orang-orang yg tertentu untuk dijadikan sahabat supaya mereka boleh mendapatkan manfaat daripada persahabatan tersebut dan bukannya atas dasar keikhlasan dan kejujuran kerana Allah swt , bak kata pepatah "ada udang di sebalik holiday bucket kfc" eh tak saya tipu je hehe "ada udang di sebalik batu" .

Anyway thank you untuk yg melawat blog walaupun tak aktif mana . Moga entri pada kali ini memberi manfaat untuk kita semua . Wallahua'lam . 

//Sahabat yg paling baik adalah apabila anda melihat wajahnya , anda akan teringat Allah . Apabila mendengar kata-katanya , akan menambahkan ilmu agama anda . Dan apabila melihat gerak-gerinya , anda akan teringat mati .

-Past- | -New-