Little Rilakkuma ♕


Benci
Sunday, December 27, 2015 | 9:44 AM | 0 Words


Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt

Berbulan sudah blog ini kesunyian tanpa khabar . Kemana agaknya pemilik blog ni menghilang . Okay sebenarnya tak menghilang pun cuma hm saja saja nak diamkan diri . Cuma berehat . Berehat untuk jangka masa panjang . Cuba mencari ilham baru . Eceh . Sebelum ni ada juga jenguk blog . Tapi tak ada mood nak update . Mood berbloging ni makin hilang . Entah . Sekarang nak cuba dapatkan balik mood tu haha . 

Baca tajuk . "Benci" . Kenapa tajuk entri kalini benci ? Mari kita mulakan , Ramai dalam kalangan kita sekarang ni pernah mengalami masalah yg sama iaitu "kebencian" cuma kita yg kadang-kadang tak perasan . Tak sedar pun . Sebenarnya benci pada seseorang tu merupakan suatu perbuatan yg tak baik dan juga boleh mendatangkan dosa . Tapi yang namanya manusia mana pernah berenggang dengan istilah dosa . Kadang-kadang kita dah cuba untuk tahan diri daripada membenci . Kita cuba untuk kawal emosi kita sebaik yg mungkin . Tapi apakan daya macam yg aku cakap tadi kita ni hanyalah manusia biasa yang tak pernah lari daripada kekhilafan . Dan kesabaran kita juga sudah tentu ada batasnya . Walaupun kita dah berusaha semaksimum yg mungkin untuk bersabar namun pasti ada masanya juga kita futur . Kita lemah . Kita jatuh . Dan rasa macam tak kisah dengan apa yg akan terjadi . Anda pernah rasa situasi yang sama ? Hm mesti dalam hidup anda ada seorang yg pernah anda benci . Atau masih menyimpan rasa yg sama sampai sekarang ? Wah ni dah tahap kritikal ni . Ingat , jangan sampai kebencian anda itu mampu bertukar menjadi dendam .

Benci dengan dendam tu nampak macam dua istilah yg sama tapi ia sebenarnya membawa dua maksud yg sangat berbeza . Kalau kita berdendam dengan seseorang , kita pun akan benci dia . Tapi kalau kita sekadar benci , itu belum sampai kepada tahap dendam . Dan biasanya benci itu sifatnya hanya sementara . Tak sama macam dendam yg biasanya akan bertakhta lebih lama dalam diri kita . Tetapi kedua-dua istilah tersebut sama ada benci mahupun dendam sangat-sangatlah dilarang untuk dilakukan ataupun diamalkan dalam diri kita . Kalau anda sememangnya mempersoalkan perkara ini baiklah benci ni sememangnya wajar dalam diri seorang manusia macam kita . Cuma kalau anda rasa anda seorang yang baik dan berhati mulia , maafkanlah orang yg pernah membuat salah kepada anda semua . Dan jangan pula membencinya . 

Biasanya kita juga pernah memendam rasa benci pada orang-orang yg terdekat macam kawan-kawan kita mahupun sahabat-sahabih kita . Mungkin juga kerana sikap dan sifat mereka yang terlalu negatif terhadap kita hm memang tak heranlah kalau kita memang tak ngam dan tak boleh masuk dengan mereka . Biasanya dengan konflik ataupun salah faham ni semualah rasa benci akan mudah untuk berputik dalam diri . Mungkin juga rasa benci itu mula wujud pada kita bila kita sendiri pernah rasa disakiti dan dikhianati oleh kawan kita sendiri .

Nah , buat kalian semua yg ada rasa benci pada seseorang [?] 

"Jangan pernah benci pada mereka yg pernah berkata buruk kepada kita hanya semata-mata untuk menjatuhkan kita , kerana merekalah yg sebenarnya menjadikan kita kuat dari hari ke hari" 

"Jadi diri kita sendiri . Orang akan suka bila kita jadi diri kita sendiri . Walaupun ada yang membenci bila kita cuba untuk jadi diri sendiri , itu tak bermakna kita perlu untuk menjadi orang lain" 

"Semoga hati ini sentiasa dipelihara daripada terlalu membenci dan menyayangi seseorang . Sesungguhnya bersederhana itu lebih baik"

"Jangan pernah membenci kalau kita taknak untuk dibenci"

"Jangan terlalu menyayangi seseorang , kelak kita akan membencinya . Jangan pula terlalu membenci seseorang , kelak kita akan menyayanginya"

"Semakin mereka membenci kita , ia semakin menandakan bahawa mereka tak mampu untuk jadi macam kita , senyum"

"Jom sayang-menyayangi antara satu sama lain ? Bukankah membenci itu sangat memenatkan ?"

"Sebanyak manapun kau membenci aku , percayalah yg aku takkan pernah membenci diri kau semula"

"Kadang-kadang bila ada orang yg menyakiti kita , kita hanya mampu untuk membenci apa yg dia dah buat pada kita , tapi kita tak mampu untuk membenci orang tersebut"

"Buat baik kepada orang yg baik pada kita itu biasa kita nampak . Tapi bila kita buat baik kepada orang yg berbuat jahat kepada kita sesungguhnya ia menjadikan diri kita lebih baik"

"Siapa membantu maka dia akan dibantu . Siapa membenci maka dia akan dibenci . Siapa menyayangi maka dia akan dicintai"

"Jangan membenci orang yg ada rasa iri hati dengan kita , namun hargailah mereka kerana mereka berfikir bahawa kita lebih baik daripada mereka" 

"Kalau anda membenci saya , itu hak anda dan saya tiada hak untuk menghalang . Maka saya mengambil langkah untuk tidak mempedulikan anda dan bukan untuk membenci anda"

"Hidup kita terlalu penting dan singkat untuk kita sia-siakan dengan membenci sesiapa . Maka , pilihlah untuk berbahagia"

"Jari menari bukan untuk mencaci , mulut berbunyi bukan untuk membenci , marilah kita saling hormat-menghormati"

"Sebaik manapun kita , pasti akan ada orang yg membenci . Tapi itu bukan alasan kita untuk berhenti membuat kebaikan di bumi Allah ini , sahabat"

"Sakit itu pasti dan memafkan itu bukan mudah . Tapi fikirlah , anda tak wajar untuk membenci musuh anda semula . Tiada guna"

"Syukurilah kebaikan sesama kita . Supaya kita sentiasa berasa rendah hati di saat ada yang memuji . Dan bersabarlah di saat ada yang membenci"

"Jangan pernah benci pada waktu yang memisahkan kita , kerana ada juga waktu yg menemukan kita"

"Aku bersyukur menjadi diri aku yg sekarang . Meskipun ada yang membenci , inilah diri aku yang sebenarnya"

Sekian sahaja .

Semoga entri pada kali ini bermanfaat buat kita semua . Dan alangkah baiknya kalau kita dapat melupakan kesalahan masing-masing dan tidak mencari kesalahan orang lain . Btw terima kasih untuk yg sudi melawat blog walaupun tak aktif mana . Wallahua'lam .

//Cintailah apa yg kamu cintai sekadarnya . Boleh jadi apa yg kamu cintai itu menjadi sesuatu yg paling kamu benci pada suatu hari nanti . Bencilah apa yg kamu benci sekadarnya . Boleh jadi apa yg kamu benci itu menjadi sesuatu yg paling kamu cintai pada suatu hari nanti . [HR.Tirmidzi]

-Past- | -New-