Little Rilakkuma ♕


Sahabat❤
Friday, October 30, 2015 | 4:25 PM | 0 Words
Bismillahirrahmanirrahim . Entri aku kali ni aku nak cakap pasal sahabat memandangkan rasa sayang pada sahabat sahabat baru sudah mula berputik ewah tapi tu tak bermakna aku mula untuk melupakan sahabat sahabat lama . Ramai yang tanya aku ;
                                   
                                    "Farah Ain , kau dah tak sayang budak sharodz lagi ke ?"
                                          "Amboi , asyik dengan budak kisas je sekarang ?"
                                                                "Mana vv kau ?"

Dan banyak lagilah soalan pelik pelik yang kadang kadang aku sendiri rasa macam tak tahu nak jawab ke tak . Sebelum aku teruskan , biar aku jawab dulu soalan soalan ni semua . Sebenarnya aku sentiasa sayang budak budak sharodz mana boleh tak sayang tiga tahu kot tempuh susah senang bersama mana mungkin aku lupa macam tu je . Dan kenapa perlu persoalkan kalau aku asyik dgn budak kisas je sekarang ? Kenapa tak persoalkan je kenapa aku asyik dgn budak seseri ke stf ke ? Sebab benda tu memang tak logik , so kenapa perlu persoalkan benda yang logik ? Hm entahlah kadang kadang aku jadi tak faham . Dan untuk soalan yang terakhir ; vv sentiasa ada dalam hati

Sebenarnya hari demi hari aku makin mula menyayangi sahabat sahabih di kisas walaupun bunyi macam tipu tapi ini serious , aku rasa lain bila dengan diorang rasa macam dah lama rapat dengan diorang dan aku selesa berkawan dengan diorang mungkin juga kerana biah solehah yang sedia ada . Sepatutnya setiap hari kita perlu menghargai kawan sebab kawan ni lah yang akan tolong untuk bangunkan bila kita dah jauh bila kita dah tak terdaya untuk bangun . Bukannya hargai bila kita dah takde sesiapa kalau macamtu lah kita , memang tak layak untuk dipanggil kawan sebab diri dia sendiri yg taknak faham apa itu maksud ukhuwah yang sebenarnya .


Ok back to the point . Buat sahabat sahabatku , terima kasih kerana sentiasa ada di saat aku memerlukan dan terima kasih kerana menghargai aku juga sebagai seorang teman . Kawan , andai perkenalan kita ini kerana Allah , kau genggamlah ukhuwah ini dengan keikhlasan yang kudus serta rasa cinta kepada Ilahi . Maafkanlah diri ini andai sepanjang perkenalan kita terlalu banyak perkara yang menyakiti hati kalian . Mungkin juga hati ini keras dan mungkin juga hati ini masih lagi hitam . 

Sahabat , terima kasih kerana sudi hadir di sisi meminjamkan bahu tatkala air mata membasahi pipi juga tatkala diri ini merasa sakit . Tidak lain dan tidak bukan , aku hanya memerlukan tempat luahan untuk melepaskan segala tangisan yang terpendam di hati . Terima kasih juga kerana sentiasa mengambil berat dalam diam dan cuba menghadiahkan senyuman buat diri ini . Biarlah apa orang nak kata , asal kita masih boleh bersama mempertahankan ukhuwah atas nama Yang Maha Esa . 

Sahabat , andai hari ini aku terlalu gembira , ingatkan aku dengan amaran Allah . Andai hari ini aku sedih tanpa kata , pujuklah aku dengan tarbiah sang Pencipta . Andai hari ini aku lemah tak berdaya , ingatkan aku tentang kehabatan syurga . Andai ada tembok yang memisahkan tali ukhuwah kita bersama , ajaklah aku untuk meleraikan kerna sesungguhnya Allah tidak suka akan perpecahan dan pergaduhan . Andai ada di antara kalian yang terluka , luahkanlah supaya aku mampu berubah . Andai esok aku lena tanpa terjaga , iringilah diriku ini dengan sekalung doa dari kalian agar kita mampu ketemu di Jannah Allah . Suka untuk aku menyatakan , aku sayang kalian lillahi taala

Berjanjilah sahabatku , ukhuwah kita selamanya






-Past- | -New-