Sumpah panjang Monday, December 8, 2014 | 10:51 AM | 2 Words
Entri kali ni hm ya mungkin lain sikit setelah hampir setahun blog ni dibiarkan tidak berpenghuni . Malah mungkin aku sendiri tak pasti apa yang cuba untuk aku sampaikan .
Mohon dan aku mohon sangat untuk sesiapa yang berhajat untuk teruskan bacaan agar berhati kental . Teruskan membaca andai ada niat untuk mengubah keadaan yang sedia ada . Ini tulisan daripada aku yang hanya ingin meluahkan perasaan tu je tak lebih . Maaf andai ada yang terasa .
Ya aku serius sekarang . Well said macam orang selalu cakap waktu malam sebenarnya waktu yang penuh dengan emosi ya benda ni memang betul . Kalau sesiapa rasa dia ada niat lain untuk baca entri ni selain daripada mengubah keadaan sekeliling maka ada baiknya tak perlu baca sebab takut buang masa .
Tapi come on lah . Sampai bila kita nak duduk kat tempat yang sama tak berginjak walaupun setapak ? Kehidupan ni sumpah panjang cuma umur kita yang belum tentu lagi panjang atau tidak .
Ini bukan panggilan untuk mencetuskan pergaduhan ya kononnya lah kan . Aku hanya inginkan kedamaian . Sebab tu aku terdetik untuk buat entri ni hanya kerana mahukan suasana yang aman dan aku tak minta lebih tolonglah faham .
Depang dan lapangkan dada sudah sampai masanya untuk kita peluk sahabat kiri kanan . Dia kawan kita . Dia sahabat kita & Dia saudara kita . Pasti dia bukanlah orang asing mahupun alien untuk kita . Jadi siapa kita untuk meminggirkan sesiapa ?
Apalah yang aku faham sangat tentang dakwah dan tarbiyah ni . Tentang itu dan ini . Ini bukan nak bajet baik ke apa ya memang aku ni masih belum sempurna untuk menegur sesiapa tp apa yang namanya ukhwah kalau tiada yang mengingatkan . Apa yang aku tahu ? Masih banyak yang aku tak tahu tp apa salahnya kalau ada niat untuk menegur . Lagi sekali menegur bukan menghina ye .
Pada pendapat aku lah kan hm manusia zaman kini ya termasuk aku sendiri mungkin lebih menyukai perpecahan berbanding dengan kesatuan . Asabiyah pun dah makin nampak sekarang rasanya tak perlu pergi jauh ok kat sekolah sendiri pun dah cukup . Perli-memerli pun dah lebih digemari daripada nasihat-menasihati . Maaf memang tipu kalau aku cakap yang aku tak pernah perli orang itu dan ini tp aku tahu apa yang aku buat tu salah hm baiklah maafkan aku . Aku sedang cuba untuk ubah diri .
Hei janganlah bergaduh . Kalau bukan kita yang ada niat untuk berganding bahu membetulkan keadaan nak harapkan siapa ? Nak harapkan siapa kalau bukan kita yang pemulanya ? Jalan kehidupan ni sumpah panjang . Panjang sangat sampai kita sendiri pun tak pasti sama ada kita sempat ataupun tidak .
Secara umumnya memang aku tak memihak kat mana-mana pihak dalam hal ni . Cuma nak cakap satu siapa kita nak merasa mulia dengan diri sendiri sampai sanggup menghina orang lain ? Tapi apa yang aku tahu asabiyah berpuak puak dan sebagainya berlaku disebabkan dua faktor yang ada dalam diri kita sendiri ; ego dan nafsu yang bermaharajalela .
Kita sendiri sibuk bercakap tentang adab . Tapi adab kita sendiri ? Sekali lagi maaf ini bukan kata kata yang sengaja dibuat buat untuk menyinggung perasaan sesiapa . Tapi come on lah jalan kehidupan ni sumpah panjang . Sampai bila kita nak macam ni ?
And suddenly aku teringat dulu ada akak badar bagi tazkirah kat surau . Dan dia ada suruh kita semua jaga hubungan dengan Yang Maha Pencipta siapa lagi kalau bukan Allah kalau kita nak Allah jaga hubungan kita sesama manusia . Macam yang selalu kita dengar ;
"Kalau hubungan kita dengan manusia makin rapuh , check balik hubungan kita dengan Allah"
Banyak lagi sebenarnya nasihat yang bercampur baur berkaitan dengan hubungan kita dengan Allah . Maka apa kata kita mula semula baiki hubungan kita dengan Allah ? Maka apa kata kita mulakan sekarang ? Kalau bukan sekarang , bila lagi ?
Come on lah jalan kehidupan ni sumpah panjang . Kita sama sama turunkan ego , mari ? Takkan nak bergaduh sepanjang masa ? Tak penat ke wahai sahabah sahabih sekalian ?
Come on lah jalan kehidupan ni sumpah panjang . Sebelum tu aku nak minta maaf dan ucap terima kasih dekat sesiapa yang membaca . Kalau ada kesilapan dan ketidak-puasan hati dalam entri kali ni mohon tegur ya aku sedang cuba untuk ubah diri . Maafkan aku dan bimbinglah aku . Kita sama sama nak ke syurga , kan ? Ingat jalan kehidupan ni sumpah panjang cuma kita yang tidak pasti sama ada sempat merasai corak kehidupan itu sendiri ataupun tidak . Sekian .
"Aku sedang berusaha untuk jaga hati orang walaupun hati sendiri kecewa"





