Little Rilakkuma ♕


Dugaan
Saturday, April 1, 2017 | 11:57 AM | 0 Words
Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt

"Aku baru kehilangan salah satu abang kesayangan aku. Aku macam tak percaya semua benda ni dah berlaku sebab susah nak terima." -Hamba Allah

Allah, takziah untuk kau dan keluarga. Moga kuat sentiasa. Takpe, take your time. Awal awal pemergian orang yg kita sayang, memang akan rasa susah nak terima, dan untuk redhakan semua. Itu fitrah hati manusia yang masih belum kuat imannya. Tapi jangan pula terlalu meratapi dan sedih. Kehidupan pasti akan temui kematian.

Wajib kita beriman pada qada' dan qadar. Semua orang pernah rasa kehilangan, cuma yang bezanya macam mana kita handle ujian yang Dia bagi. Tenangkan hati, banyakkan doa, buat amal kebaikan dengan niat untuk arwah abang kau k. In shaa Allah lama lama mesti boleh redha. Moga arwah abang kau tenang di Sana, Allahumma Amiin :')

//Jalan ke syurga itu mudah bagi orang yang cintakan pahala.


Dia sayang kita
Thursday, March 30, 2017 | 8:29 AM | 0 Words
Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt

Kau berdoa pada Allah untuk dijumpakan dgn yang terbaik dan akhirnya kau dijumpakan dgn A. Selepas berkenalan lama, hati kau sudah terikat dan memang dia yang akan jadi pilihan kau. Akhirnya selepas beberapa ketika, kau dan A bergaduh dan akhirnya pilih untuk masing masingnya pergi.

Kau marahkan Allah kerana ambil seseorang yang kau sayang. Kau jatuh, kau merana, kau menangis tidak henti dan sentiasa rindukan A. Sejurus selepas itu, akhirnya hati kau lebih bersedia dan sudah pulih. Kali ini kau dijumpakan dengan B. Dan akhirnya kau sedar, Allah memang berikan apa yang terbaik buat kau cuma waktunya itu, waktu terbaik untuk kau bersama dengan seseorang dan fikiran kau lebih matang.

Kesimpulannya, apabila Tuhan ambil seseorang daripada kau, itu tandanya Allah sedang makbulkan doa kau untuk dapat yang paling terbaik. Jangan marahkan Tuhan, marahkan diri kau kerana berlagak seperti Tuhan yang seolahnya tahu segala isi dunia dan akhirat. Percayalah perancangan Allah, sesungguhnya Dia sayang kita. Sangat sangat sayang.

Orang kata kalau kau dah boleh bergurau dengan member kau, itu tandanya kau dah okay. Alah tak payah nak main hati lama sangat, anggap tak ada jodoh kan senang. Kalau kau kahwin pun kau tak bahagia, kan senang tu. Aku pandang kau dari jauh, dan cuba untuk dekat dengan kau macam dulu. Tapi aku berpatah balik, mungkin juga tiada kekuatan hati atau mungkin takut kau sudah tiada hati, entahlah weh, aku cuma rindukan kau yang dulu.

Pernah tak kau rasa satu detik dalam hidup kau, yang kau rasa tak tahu nak buat apa? Kau tak tahu nak jadi apa? Dan kau tak tahu hidup kau ni apa gunanya? Kalau pernah rasa, kita serupa. Aku masih tertanya, oh mungkin kurang dari solatnya. Mungkin jugalah kan.

//Aku hargai kita, dan kenangan kita akan aku jaga selamanya peh.


-Past-